ad ld

Showing posts with label gambar muhammad aqil arfan. Show all posts
Showing posts with label gambar muhammad aqil arfan. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

Budak 4 Tahun Mati Ditinggalkan Dalam Kereta Lebih 8jam Di Sek Men Keb Kuala Nerang

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia setelah ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta bapanya di kawasan letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang.


Mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan dipercayai terperangkap lebih lapan jam dalam kereta Perodua Viva, sebelum ditemui bapanya Adnan Salleh, 40-an, yang merupakan guru agama sekolah itu pada 4 petang, selepas habis waktu bekerja. Difahamkan, mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Nerang, namun disahkan telah meninggal dunia.