Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) Kedah mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,000 sempena 'Ops
Bongkar' terhadap sebuah gedung pakaian mewah.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Kedah Ridzuan Mat Isa berkata
kompaun itu dikeluarkan ekoran dua kesalahan yang dilakukan gedung
pakaian tersebut iaitu penipuan harga dan menggunakan alat pengukur yang
tamat tempoh.
