Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan telah
meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang pada
pukul 12.20 pagi Isnin.
Jasa adalah salah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Allahyarham Fuad, 62, adalah anak kedua kepada tokoh agama dan
pengajian Al-Qur'an terkenal iaitu Tan Sri Hassan Azhari.
