Penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan
menyayat hati mengundang kemarahan orang ramai apabila sebuah akaun
Facebook yang dipercayai milik ibu mangsa dikongsi secara meluas di
Internet.
Akaun Facebook yang menggunakan nama 'Imashima Lola' dengan gambar
profil 'selfie' wanita memakai tudung merah itu mula dikongsi di laman
sosial sejak petang Ahad dengan pelbagai komen negatif.