Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk apabila jumlah mangsa
yang dipindahkan meningkat kepada 4,023 orang tengah hari berbanding
1,834 orang pagi Khamis.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu,
daerah Hulu Terengganu mencatatkan mangsa teramai 1,540 orang sehingga
pukul 12 tengah hari berbanding 209 orang pagi tadi.
