Azza Elite mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan membuang tiub
fallopio bahagian kiri rahimnya pada Disember tahun lalu ekoran
kandungannya berada di luar rahim.
Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, pembedahan
itu cukup meninggalkan kesan kepadanya kerana kehamilan keduanya itu
bukan sahaja gugur malah doktor mengesahkan dia akan mengalami kesukaran
untuk mendapatkan cahaya mata.
