Terharu tgk picca ni. Senyuman terukir lupakan sebentar kesakitan yg dialaminya.Muhammad Hairuman Miskon, 22, mangsa yang melecur teruk hampir 35 peratus tubuhnya akibat terkena renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi dikunjungi Amy Search di hospital.
Wad 8, HTAR dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi rock tersohor negara, Amy Search yang berbesar hati melawat mangsa dan memberi sumbangan peribadi sempena permintaan mangsa yang mengagumi bakat penyanyi itu sejak kecil.