Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga bersama pengarah, pelakon dan
pengacara, Adlin Aman Ramli, dramatis popular, Emelda Rosmila akhirnya
mengesahkan yang dirinya kini hamil.
Perkara itu dikongsikan sendiri Emelda atau lebih mesra disapa Mel
menerusi akaun Instagram miliknya. Kapsyen berbunyi 'Jeng Jeng Jeng!'
beserta gambar ujian kehamilan dengan ucapan tahniah daripada
rakan-rakan artis dan peminat menguatkan lagi hal tersebut.
