ad ld

Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Wednesday, April 22, 2015

Makanan Paling Menggemukkan Di Malaysia Melalui Kalori Jom Tengok

Setiap orang sukakan makanan tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan - kalori, nutrisi, lemak dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk.


Nasi Lemak - Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak(mengandungi karbohidrat, protein, lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong (170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

Wednesday, November 26, 2014

Makan Malam Kebaikan Dan Keburukan

Pernahkah anda mendengar seseorang berkata atau menasihati anda untuk tidak makan pada waktu malam sekiranya anda ingin mengawal atau menurunkan berat badan? Banyak nasihat yang kita dengari tentang perkara ini dan kadangkala tidak dapat dikenal pasti yang mana satukah yang benar dan yang mana satu adalah mitos.

Pada pemahaman atau pendapat anda, benarkah kita tidak boleh makan pada waktu malam? Perkara ini juga banyak diperdebatkan dan diutarakan pandangan dari kalangan pakar-pakar nutrisi juga kesihatan di seluruh dunia. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang makan pada waktu malam.