ad ld

Showing posts with label datuk sosilawati lawiya nv nouvelle visages. Show all posts
Showing posts with label datuk sosilawati lawiya nv nouvelle visages. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Rita Mahu Semua Pembunuh Dihukum Mati

KUALA LUMPUR: “Seperti mana azab dilalui ibu saya yang dibunuh kejam, saya mahu semua penjenayah yang bertanggungjawab (melakukan pembunuhan) dibalas dengan hukuman mati di tali gantung,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, selepas empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Banting, Selangor, semalam, atas tuduhan membunuh ibunya dan tiga individu lain.

Ketika dihubungi semalam, dia yang mesra dengan panggilan Rita mengaku masih bersedih dengan kehilangan ibunya dan hatinya masih berat untuk percaya dengan apa yang berlaku. “Ada kalanya saya takut untuk membaca akhbar atau mendengar cerita bagaimana kejamnya ibu dan tiga mangsa lain diperlakukan penjenayah. Mereka tidak berperikemanusiaan dan berhati syaitan. “Saya cuma berharap polis dapat membuktikan jenayah terancang dilakukan semua suspek bagi membolehkan hukuman berat dan setimpal dijatuhkan kepada mereka,” kata anak sulung daripada enam beradik itu.

Thursday, October 7, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Jesyntha Yang Diburu Polis Serah Diri

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Jesyntha Clarene Isreal yang diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. Menurut laman sosial Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jesyntha menyerah diri dengan ditemani peguamnya kira-kira pukul 5 petang sebelum ditahan oleh polis.

Baru-baru ini, PDRM melalui laman Facebooknya itu mendedahkan maklumat mengenai wanita tersebut yang berusia 27 tahun kepada umum kerana dipercayai mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.   

Tuesday, September 28, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Anak Sulung Sosilawati Kecewa Laporan Media

KUALA LUMPUR 27 Sept: Anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Bukhari kecewa dengan sikap segelintir media yang membuat pelbagai andaian berkaitan tragedi pembunuhan ibunya termasuk pendedahan nilai aset syarikat kepada umum. Dia yang lebih dikenali sebagai Rita berkata ada di antara spekulasi yang dibuat membuatkan dia berasa tidak selesa kerana bukan daripada sumber polis sebaliknya pihak lain. “Saya telah memberitahu sesetengah media yang berjumpa saya secara individu. Apa yang nak mahu dikeluarkan mestilah rujuk dengan pihak polis untuk dapatkan fakta yang betul, bukan buat cerita atau dapatkan cerita dari pihak yang mereka-reka cerita,” katanya yang muncul sebagai tetamu eksklusif program ‘Kerusi Panas’ terbitan BERNAMA Radio24.

Rita mendakwa, terdapat juga laporan yang disifatkan tidak sesuai untuk dihebahkan kepada umum kerana sebab-sebab tertentu. “Spekulasi yang saya maksudkan ialah spekulasi yang tak sesuai. Contohnya memberitahu latar belakang syarikat dan aset-aset yang dimiliki keluarga kami. “Saya sendiri tak tahu tentang aset-aset syarikat, dan saya sendiri belum dapatkan pengesahan tentangnya. “Bila membaca tentang berita itu saya rasa terkejut dan kecewa. Perlukah dalam keadaan sebegini perkara ini disiarkan,” tegasnya. Menurut anak jutawan kosmetik itu, media tidak sepatutnya mendedahkan tentang keluarga dan perkara seperti itu kepada masyarakat di luar sana kerana bimbang sedikit-sebanyak akan menggugat keselamatan mereka .- mstar

Sunday, September 26, 2010

Terkini Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Suspek Utama Bt Laporan Polis Dakwa Dipukul

PETALING JAYA, 26 Sept -- Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain hari ini membuat laporan polis mendakwa dia dipukul ketika berada di dalam tahanan reman. Suspek membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dengan dikawal ketat beberapa anggota polis sambil diperhatikan oleh dua peguam yang mewakilinya Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam. Suspek yang merupakan seorang peguam dilihat masuk ke dalam balai polis itu untuk membuat laporan pada kira-kira pukul 4.15 petang dan keluar kira-kira lebih satu jam kemudiannya dengan menaiki kereta polis.

Ravi Nekoo berkata pihak polis memberikan kerjasama baik dengan membenarkan suspek membuat laporan polis terhadap dakwaan dikasari sehingga mendatangkan kecederaan di belakang badan. "Suspek dikatakan akan dihantar ke hospital untuk rawatan, tetapi tarikh dan hospital mana belum pasti lagi," katanya kepada pemberita di luar perkarangan IPD Petaling Jaya. Pada 23 Sept lepas, D.P Vijandran yang merupakan seorang daripada peguam yang mewakili suspek mendakwa bahawa salah seorang anak guamnya dipukul dan ditendang sehingga mendatangkan kecederaan di belakang badan.

Perkara itu dakwanya dimaklumkan oleh anak guamnya ketika pertemuan pertama Vijandran dan dua anak guamnya selama 15 minit di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Sejurus itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin meminta suspek utama kes pembunuhan itu membuat laporan polis sekiranya mereka dipukul dan dipaksa menandatangani dokumen oleh pasukan itu sepanjang berada dalam tahanan agar siasatan menyeluruh dapat dilakukan. -- Bernama

Saturday, September 25, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Sosilawati Tidak Dirogol

Salam.. Ada pembetulan, tentang artikel yg mengatakan ujian DNA dijalankan pd suspek bunuh Datuk Sosilawati kemungkinan utk siasat sama ada mangsa dirogol, telah dinafikan pihak polis. Tujuan ujian DNA itu adalah utk pemeriksaan bg memastikan suspek berada dlm keadaan baik dan mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan atau penyakit sblm dibenarkan berjumpa peguam mereka.

- KUALA LUMPUR: “Sosilawati tidak dirogol!” tegas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin ketika menafikan laporan beberapa akhbar tempatan kelmarin yang mendakwa polis menyiasat kemungkinan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh dan dibakar bersama tiga rakannya bulan lalu, turut dirogol. Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Mohd Bakri berkata, laporan mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan jutawan kosmetik itu dirogol tidak benar sama sekali.

Pihak polis ingin menegaskan laporan media yang mengatakan kemungkinan Sosilawati dirogol tidak benar. Tujuan kelapan-lapan suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah untuk pemeriksaan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan baik serta mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan atau penyakit sebelum dibenarkan berjumpa peguam mereka.
Selain daripada tujuan di atas, tiada sebarang pemeriksaan lain dipohon kepada pihak hospital oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kelapan-lapan suspek berkenaan,” katanya. - hmetro

- Harap maklum..

Thursday, September 23, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Ujian Sperma, Mungkin Sosilawati Juga Dirogol

 Salam.. Uols dh tgk paper hr ni? Makin geram rasanya jika mereka didapati turut lakukan sebegitu pada Datuk Sosilawati. Mmg kejam, dh la seksa dlu sblm bunuh, jahat giler.. 
Uols baca sini..

 - Kuala Lumpur: Lapan suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes kehilangan ahli perniagaan India, termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Difahamkan, sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol. Dalam pada itu, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan. Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberi beberapa arahan baru untuk disiasat polis.

Peguam Negara juga meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek yang ditangkap (berhubung pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya). Polis menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September lalu, dan Peguam Negara mendapati ada banyak lagi perlu dibuat siasatan lanjut. Kertas siasatan itu dikembalikan kepada polis pada hari sama, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya,semalam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan sudah menerima kembali kertas siasatan awal itu daripada Jabatan Peguam Negara dan menyifatkannya sebagai prosedur biasa bagi memperkukuhkan siasatan kes.

Sementara itu, difahamkan pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama, minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan. Sumber memberitahu Berita Harian, proses itu sebahagian daripada prosedur standard operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), khusus untuk memperlengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah. Polis menemui beberapa bukti dan maklumat baru sepanjang proses siasatan, di mana penemuan itu memerlukan pengambilan sampel darah dan air mani suspek. Ini bertujuan melengkapkan kertas siasatan seperti diarahkan Peguam Negara, katanya.

Kelapan-lapan suspek lelaki terbabit, iaitu enam berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan dua lagi berhubung kehilangan ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan tiba di Jabatan Patologi HKL kira-kira jam 3 petang, menaiki empat kenderaan berasingan dengan kawalan ketat pasukan khas yang mengendalikan kes itu. Proses ini berlangsung selama dua jam sebelum suspek dihantar semula ke Pusat Tahanan Sementara di Bukit Jalil kira-kira jam 5 petang. - bharian

Wednesday, September 22, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: 8 Suspek Dibawa Ke HKL Jalani Ujian DNA

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Lapan suspek termasuk dua wanita yang ditahan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain hari ini dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipercayai untuk diambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Kesemua mereka yang dikawal ketat anggota polis tiba di pekarangan unit kecemasan HKL pada pukul 3 petang sebelum dilihat keluar dua jam kemudian. - Utusan

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Rumah Allahyarham Noorhisham Disimbah Cat Merah

Kuala Lumpur 22 Sept. - Kediaman Allahyarham Noorhisham Mohammad, 38, salah seorang daripada mangsa yang dibunuh bersama jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya disimbah cat merah semalam. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang mengesahkan kejadian itu berkata, ketika kejadian keluarga pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru itu tiada di rumah.
Isteri dan anak-anak Allahyarham pulang ke Johor Bahru sejak Ahad lepas.

Laporan polis mengenai perkara itu dibuat oleh seorang anggota keluarga Allahyarham Noorhisham di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada pukul 9 malam setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran mereka. "Seorang lelaki membuat laporan dan memberitahu rumah tiga tingkat milik Allahyarham di Taman Seraya, Ampang disimbah cat merah di halaman rumahnya (lantai)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Jalil berkata, polis percaya kejadian itu bukan disebabkan dendam tetapi tersilap sasaran dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 kerana khianat. - Utusan

Tuesday, September 21, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Suspek Dibawa Ke Kunci Air Kg Sg Lang

Salam.. Uols tgk berita TV3 td? Kes bunuh Datuk Sosilawati ada petunjuk baru iaitu penemuan gelang tangan slps suspek utama dibawa ke kunci air Kampung Sungai Lang ptg td.

- Banting 21 Sept - Unit penyelam Pasukan Gerakan Marin hari ini menemui satu objek seakan-akan gelang emas dalam operasi mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di kawasan kunci air Kampung Sungai Lang. Empat anggota penyelam memulakan operasi pada 3.20 petang di kawasan kunci air itu yang terletak berhampiran pasar awam pekan tersebut dan operasi ditamatkan pada 5.05 petang tadi.

Turut berada di kawasan operasi menyelam itu ialah suspek utama kes pembunuhan empat individu itu yang mencuri perhatian umum semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Suspek, yang merupakan seorang peguam berumur 41 tahun, turut disiasat berhubung kes seorang lelaki ahli perniagaan warga India yang dikatakan hilang di Banting sejak awal tahun ini. Kawasan operasi menyelam itu menjadi tumpuan orang ramai petang tadi dan mereka sanggup menunggu walaupun hujan turun pada masa itu bagi melihat sendiri bagaimana pasukan polis menjalankan tugas mereka.

Sementara itu, pada 3.00 petang tadi kira-kira 15 petugas Jabatan Perkhidmatan Veterina Negeri Selangor tiba di ladang ternakan milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati di Ladang Gadong, Tanjung Sepat. Mereka tiba dengan tiga kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori satu tan di ladang itu yang dipercayai lokasi di mana Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh dan dibakar. 

Kakitangan jabatan itu menghabiskan masa hampir satu jam 45 minit untuk menangkap empat ekor lembu dan lapan ekor kambing termasuk biri-biri yang berada di dalam ladang itu dan memuatkan haiwan tersebut ke dalam lori sebelum beredar daripada lokasi berkenaan. - Bernama

Saturday, September 18, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Dipukul Guna Kayu Kriket

Polis buat pertama kali semalam mendedahkan cara pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang diikat, sebelum dipukul dan ditikam berkali-kali hingga mati sebelum mayat mereka dibakar. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin pada sidang medianya, berkata abu mayat semua mangsa kemudian dibuang ke beberapa sungai sekitar Tanjung Sepat, Morib di Banting bersama barang peribadi mangsa untuk menghapuskan bukti.

Beliau berkata, pengakuan itu dibuat oleh empat pekerja ladang persendirian milik seorang peguam dan ahli perniagaan yang mendakwa dirinya ‘Datuk’ yang kini menjadi suspek utama pembunuhan kejam yang dirancang rapi itu. Keempat-empat pekerja terbabit dikatakan terlalu taksub kepada suspek utama hingga sanggup membunuh pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangan CIMB Bank, Noorhisham Mohamad, 38.

Mohd Bakri juga mengesahkan pemeriksaan polis mendapati suspek utama tidak pernah dikurniakan gelaran Datuk oleh mana-mana negeri. Setakat ini katanya, polis sudah menemui bat (kayu pemukul) kriket dan sebilah pisau di beberapa lokasi berhampiran tempat kejadian, dipercayai digunakan untuk membunuh ahli perniagaan terbabit dan tiga rakannya.  “Berdasarkan pengakuan pekerja berkenaan, beberapa barangan peribadi milik mangsa turut ditemui di sekitar tempat kejadian.
Ini termasuk barang kemas, jam tangan dan telefon yang boleh membantu siasatan kes. Penemuan dua kereta mewah jenis BMW, masing-masing milik Sosilawati dan peguamnya juga adalah petunjuk untuk mengheret suspek ke muka pengadilan. Kita yakin mempunyai bukti kukuh bagi mengaitkan suspek utama dengan kes ini. - Baca seterusnya di Bharian

Friday, September 17, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Bertelingkah Hasil Jualan Tanah RM29juta

Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dikatakan dirancang rapi oleh suspek utama kes itu selepas timbul masalah wang hasil jualan sebidang tanah di Pulau Pinang milik mereka dan dua lagi rakan kongsi. Tanah seluas 12 hektar bernilai RM25 juta itu dibeli secara kongsi oleh keempat-empat mereka pada 24 Mac 2008 dan dikatakan dijual kepada seorang ahli perniagaan di Selangor pada harga RM29 juta, tahun lalu.


Lokasi kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.
Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama yang juga peguam dan bertindak sebagai broker berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang, terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah. Mereka membeli tanah tepi pantai berkenaan untuk tujuan pelaburan dengan Sosilawati menjadi pelabur terbesar.

Atas persetujuan bersama, kami berempat termasuk suspek berkongsi membayar modal RM2.5 juta sebagai bayaran pendahuluan 10 peratus untuk membeli tanah itu. Apabila tanah itu dijual pada 2009 dengan harga RM29 juta, kami sepatutnya berkongsi keuntungan RM4 juta, bagaimanapun kami tidak menerima pulangan yang dijanjikan daripada peguam terbabit sehingga kini, kecuali modal,” kata ahli perniagaan bergelar Datuk itu. - bharian

Thursday, September 16, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Jam, Kunci Kereta, Telefon Dipercayai Milik Mangsa Bunuh Ditemui

Unit Forensik Polis menemui beberapa lagi objek yang dipercayai bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki lain di Sungai Panchau. Polis yang memulakan operasi pada pukul 3.30 petang dilihat membawa beberapa objek termasuk satu bungkusan yang kelihatan seperti tulang di dalamnya.

Operasi itu berakhir pada pukul 5.30 petang. Selain itu, polis juga memasang kain kanvas di tempat mereka beroperasi dan tindakan itu menyukarkan pihak media untuk melihat dengan jelas apa yang mereka lakukan dan objek yang dibawa naik dari sungai itu.

Turut kelihatan berada di lokasi operasi ialah Pengarah Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia Datuk Abdul Malek Harun. Ahad lepas, unit forensik menemui beberapa cebisan tulang dari dalam sungai yang sama. Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. - Bernama