Seramai tujuh orang dikesan positif virus Influenza A (H1N1) di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas di Sabah. Pengarah hospital, Dr Tan Bee Hwai berkata, lima kanak-kanak dan dua
penjaga dewasa didapati positif H1N1 selepas menjalani ujian bagi virus
itu.
Berikutan keputusan itu, seluruh wad di hospital tersebut yang
terletak kira-kira 10 kilometer dari Kota Kinabalu terpaksa dikuarantin. "Ini termasuk pesakit-pesakit, pembawa wabak itu dan kakitangan di wad," katanya ketika dihubungi The Star pada Khamis. "Keutamaan kami sekarang ialah menghentikan penularan itu termasuk
mengkuarantin wad dan memastikan semua menjaga kebersihan diri seperti
kerap mencuci tangan selain penggunaan topeng muka," tambah Dr Tan.