Data kotak hitam dari helikopter yang terhempas di Semenyih pada 4 April
lalu menyatakan bahawa penumpang wanita misteri iaitu Aidana Baizieva
turut memainkan peranan dalam menerbangkan helikopter Dauphin AS365N2.
Memetik laporan eksklusif dari The New Straits Times, data yang diperoleh dari perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan gadis
yang berasal dari Kyrgyzstan itu terlibat secara aktif dalam operasi
menerbangkan helikopter.