ad ld

Showing posts with label azrinaz diceraikan sultan brunei. Show all posts
Showing posts with label azrinaz diceraikan sultan brunei. Show all posts

Friday, June 18, 2010

Hak Anak - anak Azrinaz Kekal (Gambar)

Walaupun sudah bercerai namun hak dan keistimewaan putera dan puteri daripada keturunan diraja Brunei biasanya kekal.


Pakar sejarah, Prof. Datuk Ramlah Adam berkata, selagi tiada titah Sultan Brunei yang mahu melucutkan keistimewaan anakanda baginda, maka ia akan kekal sebagaimana biasa.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam itu menegaskan, berdasarkan pengumuman, hanya isteri kedua yang ditarik balik gelaran dan pingat kebesaran, bukan anak-anaknya. "Ini bermakna anak-anaknya masih menerima keistimewaan sebagai kerabat diraja," jelasnya. kosmo

--  Nurul Izzah Anwar Fail Cerai Terhadap Suaminya Raja Ahmad Shahrir
--  SULTAN BRUNEI DAN AZRINAZ BERCERAI
--  Putera Jefri Bolkiah Risau Patung Erotiknya Dipandang Serong
--  (Gambar) Putera Jefri Bolkiah Beri Kunci Istana Kpd Peguam Britain 

Thursday, June 17, 2010

SULTAN BRUNEI DAN AZRINAZ BERCERAI

Sultan Brunei malam ini mengumumkan menceraikan isterinya keduanya, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.


Pengumuman khas itu mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB), malam tadi. Kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.

Sultan Hassanal Bolkiah, 63, menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun. Perkahwinan pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel, 3, dan Puteri Ameerah Wardatul, 2. - hmetro

--  Hak Anak - anak Azrinaz Kekal (Gambar)
--  Putera Jefri Bolkiah Risau Patung Erotiknya Dipandang Serong
--  (Gambar) Putera Jefri Bolkiah Beri Kunci Istana Kpd Peguam Britain
--  Nurul Izzah Anwar Fail Cerai Terhadap Suaminya Raja Ahmad Shahrir