KUALA TERENGGANU, 15 Jan -- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu menasihatkan para penternak ayam supaya berjaga-jaga selepas beberapa kes hawar membabitkan ayam kampung dikesan di sekitar daerah Kuala Terengganu sejak kira-kira seminggu lepas.
Timbalan Pengarah JPV negeri Dr Ahmad Shafri Hassan berkata semua penternak ayam di tempat yang belum dikesan wabak itu di kawasan sekitar Kuala Terenganu, supaya memberikan suntikan vaksin kepada ternakan masing-masing bagi menghindari penyakit tersebut.