Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan seorang anak kapalnya telah
ditahan polis Perancis untuk disoal siasat atas dakwaan berperangai
tidak senonoh terhadap seorang penumpang.
Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan itu menyatakan anak kapal itu
telah ditahan apabila seorang penumpang Penerbangan MH20 dari Kuala
Lumpur ke Paris pada 4 Ogos lepas, mendakwa seorang anak kapal MAS
berkelakuan tidak senonoh.
