ad ld

Showing posts with label Tew Chi Ling. Show all posts
Showing posts with label Tew Chi Ling. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

Cerita Antara Mangsa Nahas Bas Yg Terselamat - Lengan Hampir Hancur, Trauma Tgk Mayat

SEREMBAN: “Apabila sedar, saya berasa lengan kiri sangat sakit dan terkejut apabila mendapati ia hampir hancur berlumuran darah dan dipenuhi kaca tingkap,” kata Nurnajlaa Aqilah Mohd Ghazali, 19, mangsa kemalangan bas ekspres di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam kelmarin. Dia yang sebelum itu tertidur berkata, tidak mengetahui punca kecederaan, tetapi percaya disebabkan tersepit pada kaca tingkap bas yang terbalik.

Pelajar tahun satu jurusan Kejuruteraan Komputer Universiti Malaya (UM) itu berkata, dia terpaksa menggagahkan diri keluar daripada bas yang sudah terbalik untuk menyelamatkan diri. “Ketika itu, keadaan huru hara dengan jeritan dan tangisan meminta tolong. Saya yang masih bingung kerana impak kejadian itu tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling dan hanya risaukan tangan saya. “Apabila berada di tepi jalan, baru saya sedar kemalangan itu sangat teruk dan ramai yang parah, selain melihat beberapa mayat bergelimpangan,” katanya yang turut cedera pada muka dan kepala akibat terkena serpihan kaca.