Pelakon Fasha Sandha yang baru mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai) enggan mengulas dakwaan kononnya perkahwinan beliau dengan anak bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib itu tidak mendapat restu.Fasha berkata, dia kini bahagia selepas seminggu bergelar isteri dan bersyukur kepada Allah kerana telah memberikannya seorang suami yang baik.
"Maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu," ujarnya ringkas kepada mStar Online ketika ditemui di Sri Pentas semasa pelancaran drama bersiri Seindah Sakura pada Khamis.