BESUT, 28 Okt -- Kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang mencetuskan misteri dan menarik perhatian ramai sejak lebih dua bulan, terjawab apabila beliau ditemui di rumah rakannya di Jelebu, Negeri Sembilan Rabu.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamarudin Mohd Zakaria berkata polis yang mula menyiasat kes kehilangan gadis itu, mendapati khidmat pesanan ringkas (SMS) Siti Balqis kepada ibunya dihantar dari Negeri Sembilan, dan bukan dari Gunung Jerai, Kedah.
"Dengan kerjasama polis Negeri Sembilan, kita dapat mengesan Siti Balqis berada di sebuah rumah rakannya yang dikenali menerusi (aktiviti) surat-menyurat sejak lima tahun lalu, iaitu Norwaniza Ramli, 19, di Batu 18, Kampung Ulu Klawang, Jelebu.