ad ld

Showing posts with label Naili Nafiz Zakaria. Show all posts
Showing posts with label Naili Nafiz Zakaria. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

Remaja Lelaki Maut Berebut Remote TV Dgn Adik Di Kuantan

KUANTAN, 22 Okt -- Gara-gara berebutkan alat kawalan jauh televisyen dengan adik, seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz Batu 4 di sini menemui ajal selepas tercetus pertengkaran dengan saudaranya di Taman Balok Baru di sini, 4.30 petang Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata sebelum kejadian, mangsa, Naili Nafiz Zakaria, 14, dipercayai bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun yang berebut mahu menonton siaran pilihan masing-masing di televisyen.

Bercakap kepada pemberita, Mohd Haris berkata seorang saudara mangsa yang melihat pertengkaran itu dikatakan segera campur tangan sambil mengacah membaling serpihan kaca tingkap yang terdapat di depan pintu, kepada mangsa.