Penyanyi berbakat besar, Najwa Mahiaddin menjelaskan tidak kisah jika kemenangannya di Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM2011) dipertikai hanya kerana dia anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Najwa berkata, dia sudah lali dengan pelbagai cakap-cakap yang sering mengaitkan kejayaan dikecapinya kerana status keluarganya lebih-lebih lagi sejak muncul dengan album pertama Innocent Soul pada Mac lalu.