ad ld

Wednesday, July 25, 2018

Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut Kian Menular

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) di kalangan kanak-kanak kecil menular dengan cepat kebelakangan ni. Di Kedah melebihi 1000 kes dan Pulau Pinang mencatat lebih 2000 kes. Pagi tadi ada dengar dalam berita radio menyatakan Pulau Pinang meminta pembersihan dilakukan di pusat-pusat dan taman permainan kanak-kanak. Ini kerana didapati kadar jangkitan tinggi berlaku di tempat tersebut dengan sentuhan dan cecair badan kanak2 yang terlibat.


Seeloknya para ibu bapa kurangkan aktiviti di luar rumah seperti berkunjung ke pusat beli belah dan tempat tumpuan ramai. Sediakan sanitizer secara spray sebagai langkah menjaga kebersihan terutama tangan kanak-kanak. Buat masa sekarang belum ada vaksin untuk atasi penyakit ini. Jadi lebih baik kita semua mengambil tindakan berwaspada lebih awal demi kesihatan keluarga tersayang.

No comments: