ad ld

Monday, September 7, 2015

Nur Rozi Yanti Cedera Parah Dilanggar Van Pengiring Kini Stabil Di ICU (Gambar)

Pelumba pelapis berbasikal lebuh raya negara Nur Rozi Yanti Mat Rodzi yang terlibat dalam kemalangan pada Sabtu kini berada dalam keadaan stabil. Jurulatih pasukan, Suod Hussain berkata pelumba yang berasal dari Perlis itu masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang.


"Saya dimaklumkan oleh ahli keluarganya bahawa beliau telah kembali sedar dan bercakap namun beliau dikomakan untuk sementara waktu bagi merehatkannya. Doktor juga mengesahkan bahawa tiada berlaku pendarahan dalaman. Luka di bahagian mulutnya telah dijahit bagi mengelakkan jangkitan kuman," katanya.

Pelumba berusia 17 tahun itu terlibat dalam kemalangandi Km 19 lebuhraya SILK Kajang pada pukul 9.45pagi ketika menjalani latihan bersama pelumba lain. Laporan awal polis sebelum ini menyebut Nur Rozi terjatuh daripada basikalnya ketika membetulkan kedudukan kakinya yang kebas sebelum dilanggar van pengiring yang mengekorinya.

--  Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan R&B Cover (Gambar)
--  Anak Anak Artis Yang Comel (Gambar)
--  (Gambar) Perkahwinan Raja Farah Dan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria
--  Spaghetti Menular Di Kampung 

No comments: