Monday, March 23, 2015

Pertunangan Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen (Gambar)

Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang telah selamat melangsungkan pertunangan mereka semalam.


Majlis pertunangan itu telah berlangsung di kediaman keluarga Hanis yang terletak di Bukit Jelutong lewat petang semalam.
Dalam majlis tersebut, Hairul tidak hadir dan dan sekadar mewakilkan rombongan keluarganya sahaja untuk `mengikat` Hanis. Sebaik sahaja majlis pertunangan selesai, pihak kedua-dua keluarga telah memaklumkan yang majlis majlis pernikahan mereka akan diadakan pada 5 Jun depan.


Manakala majlis persandingan pula akan diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 14 Jun. Terdahulu, Hairul Azreen telah membuat kejutan di pentas akhir program realiti terbitan Astro iaitu GegarVaganza pada 4 Januari lalu dengan melamar Hanis secara Live dihadapan seluruh rakyat Malaysia.

-- Isteri Nabil Bersalin Anak Kedua (Gambar)
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- Pernikahan Nooryana Najwa Datuk Najib Dan Daniyar Kessikbayev Di Seri Perdana (Gambar)
-- Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)

No comments:

Post a Comment

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!