Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew meninggal dunia pada pukul
3.18 pagi Isnin di Hospital Besar Singapura, umum Pejabat Perdana
Menteri. Beliau berusia 91 tahun.
Menurut Pejabat Perdana Menteri, anaknya iaitu Perdana Menteri Lee Hsien Loong, amat berdukacita dengan kematian itu. Hsien Loong dipetik sebagai berkata, proses pengebumian dan urusan
tempat untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir akan diumumkan
kemudian.
Kuan Yew dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu pada 5 Februari lalu kerana radang paru-paru yang serius. Dilahirkan pada 16 September 1923, di Singapura, Kuan Yew dikenali
sebagai pengasas Singapura modern, dengan mengetuai kerajaan lebih
daripada tiga dekad, menjadikan beliau antara perdana menteri paling
lama berkhidmat di dunia.
Sebagai pengasas bersama dan setiausaha agung pertama People's Action
Party (PAP) (Parti Tindakan Rakyat), mendiang memimpin parti itu
mencapai lapan kemenangan dalam pilihan raya antara tahun 1959 dan 1990. Beliau juga menyaksikan pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965.
Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai visi besar dan berani, Kuan Yew
berjaya menjadikan Singapura sebuah bandar raya negara bertaraf dunia. Kuan Yew meletak jawatan sebagai perdana menteri dalam tahun 1990 dan
dilantik sebagai Menteri Kanan oleh Perdana Menteri kedua Singapura Goh
Chok Tong.
Pada Ogos 2004, Kuan Yew memegang jawatan sebagai penasihat atau Menteri
Mentor dalam kerajaan yang dipimpin anaknya, Perdana Menteri sekarang
Lee Hsien Loong. Mendiang merupakan lulusan undang-undang Ijazah Kelas Pertama Kepujian daripada Universiti Cambridge pada tahun 1949.
Sepanjang memegang jawatan perdana menteri, menteri kanan dan penasihat
lebih daripada 50 tahun, Kuan Yew merupakan antara tokoh politik paling
berpengaruh di Asia. Kuan Yew mengumumkan persaraannya daripada jawatan kabinet pada 14 Mei
2011 selepas pilihan raya umum tahun itu tetapi kekal sebagai anggota
Parlimen. Isterinya Kwa Geok Choo, meninggal dunia pada 2010 ketika berusia 89 tahun. mstar
-- Pernikahan Nooryana Najwa Datuk Najib Dan Daniyar Kessikbayev Di Seri Perdana (Gambar)
-- Isteri Nabil Bersalin Anak Kedua (Gambar)
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- Hantaran Nooryana Anak Najib AS$500,000? Betul Ke?
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!