Wednesday, March 25, 2015

Bayi Duyung Di Hospital Pontian Cerita Palsu (Gambar)

Penyebaran berita seorang bayi yang dilahirkan dengan memiliki kaki seperti seekor ikan duyung di Hospital Pontian, semalam disahkan sebagai tidak benar.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, semakan kelahiran di Hospital Pontian mendapati tiada kelahiran dicatatkan pada hari kelmarin, seperti yang didakwa oleh berita palsu berkenaan.

"Saya boleh katakan bahawa gambar seorang bayi yang didakwa dilahirkan dengan kaki seperti seekor duyung di Hospital Pontian seperti tersebar dalam laman sosial hari ini (semalam) adalah palsu. Ini kerana setelah disemak dengan pihak Hospital Pontian, tiada sebarang kelahiran dicatat di hospital itu pada hari semalam (kelmarin), jadi sudah tentu berita ini adalah tidak benar,” katanya. sinarharian

-- Nori Isteri Khairy Jamaluddin Bersalin Anak Ketiga (Gambar)
-- Denda, Penjara Puja Pokok Petai Menangis Di Kg Lembah Raja (Gambar)
-- Batu Nisan 20 Kubur Lama 'Hidup' Di Kg Batu Melintang (Gambar)
-- Kate Middleton Bersalin Anak Lelaki 3.8kg Lepas 10jam

1 comment:

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!