Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig Jen (B) Tan Sri Abdul
Hamid Zainal Abidin, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi pada usia 70 tahun akibat komplikasi jantung.
Menerusi mesej daripada anak Allahyarham, Junaidi, 26, yang dalam
perjalanan pulang ke Malaysia daripada mengerjakan umrah, bapanya
meninggal dunia pada jam 9.52 malam selepas dimasukkan ke IJN kira-kira
jam 5 petang.
"Minta kawan dapat ziarah ayah saya buat kali terakhir di rumah (No 8
Jalan Suasana 5/3A Bandar Tun Hussein Onn, Cheras)," katanya. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, jam 11 pagi Rabu.
Allahyarham Abdul Hamid pernah memegang jawatan Pengarah Kor Agama
Angkatan Tentera (KAGAT) dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam
(JAKIM) serta bekas Pengerusi MARA. Allahyarham adalah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1435H/2013M.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. "Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah," katanya dalam akaun twitter. mstar
-- Tan Sri Ani Arope Meninggal Dunia Akibat Barah (Gambar)
-- Datuk Fuad Hassan Meninggal Dunia Sakit Jantung (Gambar)
-- Gambar Perkahwinan Aqasha Dan Noor Baizura Di Lake Fields
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!