Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar yang didapati
bersalah atas sabitan kes bunuh model warga Mongolia, Altantuya
Shaariibuu, ditahan oleh pegawai imigresen di Queensland, Australia,
lapor ABC News pada Rabu.
Menurut agensi berita itu, Sirul, 43, diletakkan dibawah jagaan
pegawai Imigresen di Brisbane semalaman selepas Interpol mengeluarkan
notis merah terhadapnya.
Notis merah Interpol bermaksud usaha mencari serta menangkap
individu yang dikehendaki tersebut akan dilakukan oleh suatu bidang
kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk
mengekstradisi. Minggu lalu dilaporkan bahawa polis akan bekerjasama dengan
Interpol untuk memburu Sirul, selepas satu permohon ekstradisi akan
difailkan kepada negara berkenaan.
Sirul dipercayai pergi ke Australia pada Oktober tahun lalu. Namun, dia dikatakan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia bagi menghadapi hukuman itu. Sirul dan bekas cif inspektor, Azilah Hadri dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya pada 2008. mstar
-- Datuk Nik Aziz Solat Subuh Dan Senyum Ketika Terjaga Di ICU HUSM
-- Nurul Wahab Bersalin Tak Cukup Bulan Melalui Pembedahan Anak Lelaki Kedua 2.48kg (Gambar)
-- Engku Emran Dapat Hak Penjagaan Anak (Gambar)
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!