Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Ani Arope, meninggal dunia pagi Sabtu akibat barah.
Tokoh berusia 83 tahun yang menjalani rawatan di hospital berkenaan
meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), kira-kira jam
5.26 pagi.
Allahyarham dikatakan menghidap barah prostat sejak lebih dua tahun lalu. Dilahirkan pada 17 Mei 1932 di Sungai Bakap, Seberang Prai, Pulau
Pinang, Allahyarham meninggalkan seorang isteri Puan Sri Saenah Ahmad
dan tiga anak selain anak angkat.
Difahamkan, jenazah Allahyarham dibawa ke Balai Islam (TNB) Jalan
Bangsar, Kuala Lumpur, jam 9 pagi bagi membolehkan orang ramai
memberikan penghormatan terakhir. Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam. Ucapan takziah boleh disampaikan menerusi Facebook Ani Arope atau Sakinah Ani Arope. mstar
-- Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
-- Pernikahan Diana Amir Dan Habibbullah Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Gambar)
-- Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Pernikahan Adiknya
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!