Kedai permainan terkemuka, Hamley's menafikan syarikat itu mempunyai
sebarang polisi yang menetapkan pekerja wanita tidak dibenarkan memakai
tudung atau hijab.
Penafian itu dibuat susulan kenyataan pelakon terkenal, Datuk Rosyam
Nor di akaun Twitter beliau pada Khamis lalu bahawa Hamley's meletakkan
syarat supaya anaknya tidak bertudung jika ingin bekerja di kedai itu
yang terletak di sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook Hamley's Malaysia hari ini,
pihak pengurusan kedai itu berkata, ia mengalu-alukan individu yang
ingin bekerja untuk datang memohon, tidak kira bangsa atau agama.
"Setelah disiasat, memang seorang pekerja kami yang baru (berkerja) dan
tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah
memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam. "Tindakan disiplin telahpun diambil terhadap pekerja ini. Pihak
pengurusan serta semua pekerja di kedai kami dengan ikhlas ingin memohon
maaf atas isu ini," menurut kenyataan itu.
Pihak pengurusan Hamley's turut melahirkan rasa kesal dengan insiden
itu dan berharap Rosyam, anaknya serta orang Islam lain di negara ini
yang terguris dengan kejadian tersebut sudi merima permohonan maaf
mereka. sinarharian
-- Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
-- Syura Dirayu Bekas Suami Rujuk Kembali Kerana Masih Sayang Dan Demi Anak (Gambar)
-- Perkahwinan Pengantin 12 Tahun Nur Fazira Saad Dan Mohd Fahmi Mohd Alias 19 Tahun (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
ini dinamakan sudah terhantuk baru terngadah..memang ada je yang letak syarat macam ni
ReplyDelete