ad ld

Tuesday, December 30, 2014

Balik Pulau Dilanda Ribut 10 Rumah Hampir Musnah (Gambar)

Sekurang-kurangnya 10 buah rumah hampir musnah setelah dilanda ribut dan angin kencang pada Isnin.


Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Muhammad Farid Saad berkata beliau mendapat laporan terdapat lebih 10 buah rumah termasuk di Kampung Sungai Rusa, hampir musnah apabila bumbung rumah ditiup angin kencang.

Beliau berkata angin kencang yang berlaku lebih kurang 8.30 malam mengakibatkan banyak pokok tumbang menghalang jalan. "Saya telah turun ke Jalan Sungai Pinang untuk membantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengambil masa lebih 45 minit untuk memotong pokok besar bagi membuka balik jalan kepada orang ramai," katanya.

Sementara itu, menurut seorang jurucakap polis, terdapat lebih sembilan kejadian pokok tumbang di kawasan Balik Pulau dan satu kejadian kabel elektrik terputus dilaporkan. Katanya seorang pemandu dikejarkan ke Hospital Balik Pulau selepas keretanya dihempap pokok yang tumbang di Jalan Tun Sardon.

Beliau berkata kecederaan lelaki masih belum dapat dipastikan tetapi keretanya rosak teruk. "Antara lokasi kejadian pokok tumbang termasuk Jalan Tun Sardon, Jalan Sungai Pinang, Jalan Pondok Upeh, Jalan Titi Teras, Lintang Pokok Upeh dan Jalan Sungai Pinang," katanya. mstar

--  Kedai Pakaian Tipu Harga Di Alor Setar Kedah (Gambar)
--  Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat Kepada 93407 Orang (Gambar)
--  Syura Dirayu Bekas Suami Rujuk Kembali Kerana Masih Sayang Dan Demi Anak (Gambar)
--  PU Azman Juara Pencetus Ummah 2 Raih RM100 Ribu (Gambar)


No comments: