Harga runcit RON 95 yang baharu naik daripada RM2.10 kepada RM2.30,
manakala diesel daripada RM2 kepada RM2.20, berkuatkuasa 12.01 tengah
malam Khamis.
Harga baharu itu berikutan pengurangan subsidi bagi petrol RON 95 dan
diesel dikurangkan sebanyak 20 sen. Pada masa ini, harga pasaran bagi
petrol RON95 ialah RM2.58 seliter, sementara harga diesel ialah, RM2.52
seliter.
Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam
kenyataan pada Rabu berkata, walaupun kadar subsidi dikurangkan,
kerajaan masih perlu membelanjakan lebih daripada RM21 bilion untuk
subsidi petrol, diesel dan LPG bagi tahun 2014. Menurut kenyataan itu, langkah tersebut dilaksanakan selaras dengan
dasar rasionalisasi subsidi kerajaan bagi memastikan kedudukan kewangan
negara terus kukuh.
"Kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti
penyeludupan yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. "Pemberian subsidi perlu sampai kepada golongan sasar dan tidak secara
pukal. Ini kerana pelancong asing turut menikmati subsidi yang diberikan
kerajaan," katanya.
KPDNKK berkata, langkah penjimatan daripada subsidi petrol dan diesel
tersebut dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan ia boleh
digunakan untuk pembangunan bidang pendidikan, kesihatan, sistem
pengangkutan awam yang lebih cekap serta meningkatkan tahap keselamatan
negara. Biarpun demikian, kerajaan sedar bahawa langkah rasionalisasi subsidi ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.
"Kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk
meringankan beban, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. "Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar
pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan diumumkan dalam
Bajet 2015 kelak," menurut kenyataan tersebut. mstar
-- Proton Iriz Dan Perodua Myvi Jom Tengok Perbezaannya
-- Pelajar IPTA Tak Senonoh Dalam Bas Ditahan Polis
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!