Kota Kinabalu - Enam anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna pada 2
Mac tahun lepas ditemui dalam keadaan mengerikan, Mahkamah Tinggi di
sini diberitahu hari ini.
Pegawai Penyiasat Inspektor Jamirin Kintai, antara anggota pasukan yang
bertanggungjawab mengeluarkan mayat anggota polis berkenaan dari
Kampung Simunul, Semporna pada 6.45 petang pada 3 Mac tahun lepas,
berkata dua daripada mangsa telah dipenggal dan dicacatkan.
"Sarjan Baharin Hamid dicacatkan dengan otak dan mata kanan hilang daripada tengkorak dan terdapat kelaran pada mukanya. "Leher Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran pula telah dipenggal dan
terdapat luka pada badan, kulit dan dagingnya. Mukanya telah dikoyakkan
dan hanya kelihatan tulang muka," katanya.
Jamirin juga memberitahu mahkamah bahawa leher Lans Koperal Salam
Togiran "hampir putus dengan kepalanya hanya melekat pada tubuhnya oleh
beberapa inci kulit pada lehernya." Kesan kelaran terdapat pada kepala dan badan Sarjan Abdul Aziz Sakiran
dan Superintenden Ibrahim Lebar, manakala ASP Michael Padel mengalami
kecederaan pada bahu dan dada, katanya.
Semasa pemeriksaan balas, Jamirin berkata beliau mendapati insiden
melibatkan enam anggota polis itu ada kaitan dengan pencerobohan oleh
kumpulan lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada
Februari tahun lepas. sinarharian
-- Nora Danish Terperangkap Dalam Lif Hotel Legoland Sejam (Gambar)
-- Kereta Perisai ATM Terbalik Di Kuala Kangsar 2 Anggota Tentera Maut (Gambar)
-- Perkahwinan Jaclyn Victor Dan Shawn Rivera Vokalis Az Yet
-- Robin Williams Ditemui Mati Disyaki Bunuh Diri (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!