ad ld

Thursday, July 3, 2014

Diplomat Malaysia Hadapi Tuduhan Serangan Seksual Di New Zealand (Gambar)

Malaysia akan mengekstradisi lelaki yang didakwa melakukan serangan seksual di New Zealand bagi menghadapi pertuduhan pecah rumah dan melakukan serangan dengan niat untuk merogol.


Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, Muhammad Rizalman, 38, bekas pegawai berpangkat Waran ll di Kementerian Pertahanan yang dihantar bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, akan dihantar kembali untuk membantu siasatan kes tersebut.

Keputusan itu disampaikan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman kepada rakan sejawatannya dari New Zealand Murray McCully. "Kerajaan Malaysia berpendapat bahawa keputusan ini akan memberi peluang kepada Rizalman untuk bekerjasama dan sepenuhnya membantu pihak berkuasa New Zealand terhadap siasatan yang sedang dijalankan mengenai dakwaan yang terhadapnya.

"Malaysia mempunyai keyakinan yang penuh dalam sistem undang-undang New Zealand dan mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Rizalman akan diberi layanan yang adil di bawah undang-undang ini," menurut kenyataan itu, sambil menambah bantuan undang-undang akan disediakan oleh Kerajaan Malaysia kepada tertuduh jika perlu.

Rizalman ditahan pada 9 Mei lalu dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya untuk didakwa kerana cuba melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita. Dia dikatakan mengikut wanita berkenaan yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Brooklyn pada malam 9 Mei lalu.

Dia dihadapkan ke sebuah mahkamah New Zealand pada 10 Mei untuk menghadapi tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan, tetapi telah dibawa pulang ke Malaysia kerana didakwa mempunyai kekebalan diplomatik. Perdana Menteri New Zealand John Key dilaporkan berkata bahawa "keutamaan" beliau adalah supaya tertuduh dibicarakan di bawah undang-undang. mstar

-- Perkahwinan Kedua Sharifah Aleeya (Gambar)
-- Mati Bunuh Diri Terjun Tingkat 9 Berjaya Times Square (Gambar)
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)
-- Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court

No comments: