Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi
MH370 kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru
kabinnya meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos
latihan mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun.
Faktor tekanan kerja, selain 'dipancing' syarikat penerbangan lain
antara yang mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40),
pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan
mereka di syarikat berkenaan.
Kebiasaannya, tindakan meletak jawatan itu berlaku apabila kru kabin
selesai menjalani latihan yang dibiayai sepenuhnya syarikat yang
dikatakan semakin kurang memberi tumpuan terhadap kebajikan kakitangan
sejak tiga tahun lalu.
Sumber memberitahu mStar Online, sudah beberapa tahun syarikat gagal
memberi bonus, keistimewaan kakitangan mendapat tiket penerbangan untuk
bercuti bersama keluarga juga terhapus, selain beban tugas yang
meningkat kerana kekurangan kakitangan. "Pelbagai faktor ini menyebabkan kakitangan semakin tidak bersemangat
untuk terus berkhidmat dengan syarikat hingga sejumlah besarnya berhenti
tanpa mengambil kira sumbangan syarikat yang membiayai sepenuhnya
latihan bagi mendapat tauliah Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
"Setiap kali kakitangan terbabit akan menamatkan latihan, sudah ada
tawaran kerja daripada syarikat penerbangan lain dengan kadar gaji lebih
tinggi, ia seolah-olah ada sindiket yang memerhati setiap kakitangan
MAS dan menunggu masa sesuai untuk 'memancing' mereka," katanya ketika
dihubungi mStar Online.
Maklumat yang diperoleh menunjukkan MAS memperuntukan sejumlah dana yang
besar untuk program latihan kakitangannya iaitu RM200,000 untuk setiap
juruterbang MAS yang wajib menjalani latihan selama dua tahun dan
RM190,000 pula kos bagi melatih jurutera penerbangan untuk tempoh
latihan lima tahun. Selain itu, kos latihan selama dua tahun untuk setiap juruteknik pula
sebanyak RM75,000, manakala bagi pramugari dan pramugara pula tempoh
latihan sepanjang empat bulan membabitkan perbelanjaan RM50,000 seorang.
Sumber itu berkata, sebagai syarikat penerbangan nasional, setiap tenaga
pakar MAS 'ada harga' di pasaran industri penerbangan, sama ada di
dalam atau luar negara. "Siapa nak kerja dengan MAS kalau ada syarikat yang tawarkan gaji lebih
RM30,000 sebulan bagi jurutera berpengalaman antara tujuh hingga 10
tahun dan ada juga juruteknik yang ditawarkan RM8,000 sebulan berbanding
hanya RM3,000 di MAS," katanya.
Ditanya sama ada tragedi MH370 memberi kesan terhadap kakitangan
syarikat itu, sumber itu berkata, ia menambah kesengsaraan mereka kerana
tentunya syarikat yang menanggung rugi RM1.7 bilion sebelum ini akan
berada dalam situasi lebih parah. "Kalau bukan kerana MH370 pun semangat kerja kakitangan MAS sudah luntur sejak tiga tahun ini," katanya.
Menurut sumber itu lagi, jadual kerja kru kabin yang membebankan memaksa
mereka bekerja untuk tempoh lama termasuk melalui penerbangan
antarabangsa dan disambung dengan tugasan domestik sebelum dibenarkan
bercuti. "Situasi ini menyebabkan kru kabin tertekan daripada segi mental
terutama apabila terpaksa berpisah lama dengan keluarga," katanya. Bagaimanapun, pengurusan MAS tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen. mstar
-- Erin Malek Dan Redha Juara Fear Factor Malaysia 2 Raih RM200 Ribu (Gambar)
-- Noryn Aziz Mengandung Selepas 4 Tahun Kahwin Datuk Raja Kamarul Bahrin (Gambar)
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!