Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd
Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata
pelantikan Ahmad Razif bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said itu telah
diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abdidin.
"Adalah dimaklumkan bahawa Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin
telah memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad sebagai Menteri Besar
Terengganu berkuat kuasa 12 Mei 2014. "Baginda telah memperkenankan pelantikan Adun Seberang Takir Ahmad Razif
sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa mulai tarikh Yang
Berhormat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan
baginda," katanya.
Najib berkata pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10
Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama
perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14. Ahmad pertama kali dilantik sebagai menteri besar pada 23 Mac 2008 dan
dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas. mstar
-- (Gambar) Micha Raines Bekas Tunang Putera Jefri Bolkiah Beri Keterangan Di Mahkamah
-- Gambar Perkahwinan Dia Fadila Dan Redza Tan Sri Dr Abdullah Sanusi
-- Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)
-- Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim Dan Dayana Di Mekah
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!