Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan menerima 14 jahitan di muka
selepas diserang sekumpulan kera yang menceroboh masuk ke rumahnya di
Kampung Gelugor Terengganu. Kejadian itu berlaku kira-kira 1 tengah hari Sabtu lepas ketika bayi
itu, Nor Iman Adriana Zuhairi, sedang tidur di dalam buaian di bahagian
dapur rumah manakala ibunya berada di dalam bilik sedang bersiap untuk
ke majlis kenduri kahwin.
Ibu bayi, Siti Najwa Muhammad, 21, berkata dia sedang memakaikan
pakaian kepada anak sulungnya sebelum terdengar Nor Iman menangis dengan
kuat. Curiga dengan tangisan itu, dia bergegas menjenguk ke dapur dan
terkejut apabila mendapati tiga ekor kera berada di dalam buaian bersama
anaknya.
"Panik melihat anak diserang haiwan itu saya menjerit sekuat hati menyebabkan kera itu melarikan diri," katanya pada Bernama ketika ditemui di rumahnya pada Isnin. Siti Najwa berkata, dia amat terkejut selepas melihat muka anak
bongsunya dipenuhi darah serta terdapat dua kesan calar sepanjang
kira-kira lima sentimeter.
Bayi itu dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan. Siti Najwa berkata, memang terdapat banyak kera di kawasan hutan
berhampiran rumahnya dan minggu lepas seorang kanak-kanak berusia tiga
tahun digigit kera liar di bahagian betis tidak jauh dari rumahnya. "Saya harap pihak berkuasa segera mengambil tindakan untuk menghalau
kera liar terbabit. Saya kini berada dalam keadaan trauma dan sukar
melupakan kejadian yang berlaku ke atas bayi saya," katanya. mstar
-- 5 Pelajar UIAM Parah Bas Terbabas Di Km 25.2 Lebuh Raya PLUS (Gambar)
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim Dan Dayana Di Mekah
-- Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!