Pelakon Fiza (Elite) mendedahkan, laman sosial Instagram antara penyebab
berlakunya perceraian antara dia dan suaminya iaitu Adam (AF2). Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata,
ia bermula apabila pengikut-pengikut Instagram miliknya mula
mempersoalkan sebab-sebab dia tidak memuat naik gambar Adam di laman
sosial itu dan begitu juga Adam yang tidak berbuat demikian.
"Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi
diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi
bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan. "Saya bertindak membuang gambar-gambar kami di laman sosial itu juga
kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah.
"Bagaimanapun, itu antara sebahagian punca (perceraian). Mengenai
perkara lain, saya tidak boleh ulas. Cuma apa yang saya anggap, tiada
jodoh di antara kami," katanya. Fiza berkata demikian ketika ditemui selepas perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah pada Isnin.
Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, telah melafazkan
cerai talak satu terhadap Fiza dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad
Nazri Basrawi kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Rumah tangga mereka hanya kekal tujuh bulan sahaja.
Dalam pada itu, Fiza berkata hubungannya dengan Adam mula goyah sejak
empat bulan lalu namun dia menafikan khabar angin kononnya masalah itu
berpunca kerana Adam tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara
keluarga. Malah Fiza turut menafikan ada pihak ketiga yang membuatkan hubungan antara mereka retak.
"Jujurnya gosip-gosip yang tersebar membuatkan kami tertekan. Tambahan
pula, ayah saya sedang sakit tenat ketika itu dan kini baru saja selesai
menjalani pembedahan pintasan di IJN (Institut Jantung Negara). "Macam-macam spekulasi yang timbul dan apabila ada pihak mengatakan saya
minta cerai kerana Adam tidak ada duit, itu mengarut. Isu itu timbul
apabila ada masalah bayaran antara saya dan hospital. Sedangkan ketika
itu, Adam turut membantu menghulurkan wang agar ayah saya dapat
menjalani pembedahan dengan segera," tuturnya.
Tambah Fiza, keputusan cerai itu dibuat atas persetujuan bersama dan
dia tidak menolak sekiranya mereka disatukan semula sekiranya masih lagi
ada jodoh. Pasangan itu telah bernikah pada 26 September 2013 hanya selepas dua bulan berkenalan. mstar
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- Nadia Annuar TV3 Putus Cinta Sammy Simorangkir Kerispatih Kerana Perbezaan Agama (Gambar)
-- Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!