Isteri dan anak pengerusi Kumpulan Modal Perdana, Datuk Mohamed Ramli
Abbas merupakan antara 239 penumpang yang menaiki pesawat Malaysia
Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi Sabtu.
Adik ipar Mohamed Ramli, Salmy Hashim berkata, isteri bekas Ketua
Pegawai Eksekutif Celcom Datin Biby Nazli Mohd Hassim bersama dua anak
perempuan mereka Maria dan Dina telah menaiki pesawat itu untuk bercuti
ke Beijing.
Salmy yang merupakan pemberita sambilan Bernama di Washington,
Amerika Syarikat memberitahu BernamaTV, turut serta bersama Biby dan
keluarganya dalam penerbangan itu adalah kakaknya Noorida. Salmy berkata, beliau tidak menyangka perbualan menerusi laman sosial
skype bersama dua kakak dan dua anak buahnya minggu lepas merupakan
detik terakhirmereka berhubung sebelum dilaporkan hilang.
Beliau ketika dihubungi tidak dapat menahan sebak berikutan insiden
yang menimpa keluarganya dan berkata: "Saya dapat tahu tentang kejadian
ini malam tadi (waktu tempatan) bila anak saudara saya memanggil saya." "Mak dia iaitu kakak saya, dengan dua orang anak dan kakak lagi
seorang dalam pesawat. Jadi saya cuma tahu melalui telefon," kata Salmy
yang merupakan anak ke enam daripada sembilan beradik.
Salmy turut berharap agar pesawat itu ditemui dan kesemua penumpang berada dalam keadaan selamat. Pesawat MH370 itu hilang daripada radar setelah berlepas dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi
Sabtu menuju ke Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30
pagi waktu tempatan. BERNAMA
-- Dua Orang Menyamar Naik Pesawat MH370 Guna Pasport Orang Lain
-- MH370 Hilang, Dua Tumpahan Minyak Dikesan Di Luar Pantai Vietnam
-- (Gambar) 4 Pelajar UiTM Maut Kemalangan Di Km 4.2 Jln Machang Pasir Puteh
-- (Gambar) Mayat Gadis Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Minyak Di Kg Gerai Besut Terengganu
-- Gambar Fauziah Ghouse Dan Iqram Kemalangan, Kereta Remuk
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!