Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan
sebagai penumpang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang
dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.
Dilaporkan terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut. Dia bagaimanapun masih hidup dan berada di Thailand untuk bercuti.
Pegawai Kementerian Luar Itali, yang tidak mahu dikenali, mengesahkan
Maraldi membuat laporan mengenai pasportnya dicuri pada Ogos tahun
lalu. Menurut sebuah akhbar Itali, La Repubblica, Maraldi pulang ke negaranya selepas pasportnya dicuri dan telah dikeluarkan pasport yang baharu.
Sebaik sahaja mendapat berita mengenai pesawat yang hilang, pegawai
kementerian pergi ke rumah ibu bapa Maraldi untuk memaklumkan mengenai
perkara itu tetapi sebaliknya diberitahu bahawa anak lelaki mereka masih
hidup dan berada di Thailand, dan telah menghubungi ibu bapanya bagi
memberitahu dirinya berada dalam keadaan baik. "Saya baik, saya tidak menaiki penerbangan itu," kata Maraldi kepada ibu bapanya.
Akhbar harian London, Mirror melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut menggunakan pasport yang dicuri. Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel "selamat dan berada dalam keadaan baik. " Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu. Bagaimanapun masih tidak jelas mengenai siapa yang menggunakan dua nama tersebut untuk menaiki pesawat MH370. mstar
-- MH370 Hilang, Dua Tumpahan Minyak Dikesan Di Luar Pantai Vietnam
-- Pernikahan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Di Masjid Al Mukarramah Sri Damansara
-- Gambar Kemalangan Maut Atas Jambatan Pulai Pinang 2 Maut 1 Jatuh Ke Laut
-- Putus Kepala Kemalangan Ngeri Di MRR2 (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!