Bayi berusia sembilan bulan yang melecur seluruh badan dipercayai akibat
alahan ubat yang diberi oleh sebuah klinik swasta pada 16 Feb lalu
meninggal dunia pada Isnin. Muhammad Nasrullah Khairul Nizam meninggal dunia pada pukul 1.25 pagi
Isnin selepas 10 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital
Sultanah Bahiyah (HSB) sejak dimasukkan ke HSB pada 5 Mac lalu.
Bapanya, Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, berkata anaknya itu disahkan
meninggal dunia akibat 'Sepsis Secondary To Infected Severe Atopic
Eczema' (jangkitan kuman dalam darah) atau penyakit radang seluruh badan
yang membawa maut disebabkan oleh jangkitan yang teruk.
"Selepas mendapatkan rawatan di HSB pada 25 Feb lalu, keadaan dia
semakin pulih dan pada 5 Mac lalu, Ketua Puteri Umno Kulim-Bandar
Baharu, Nor Sabrina Mohd Noor telah membantu kami membawa dia ke Kedah
Medical Centre (KMC) bagi mendengar pandangan daripada doktor pakar
kulit di situ. "Selepas diperiksa, doktor di KMC menyuruh kami membawa dia ke HSB
semula kerana sudah mempunyai rekod pemeriksaan di sana. Apabila dibawa
ke HSB semula, dia ditahan di dalam ICU selama 10 hari sebelum meninggal
dunia pagi Isnin," katanya kepada pemberita di kampung Kuala Bangka,
Kota Sarang Semut.
Khairul Nizam berkata pada Sabtu lalu doktor telah memberitahunya dan isteri bahawa peluang untuk bayi mereka hidup hanya 50/50. "Pada pukul 11 malam Ahad, keadaan dia semakin lemah dan sekitar pukul
12 pagi, doktor memberitahu bahawa jantung anak saya terhenti sementara
sebelum mereka berjaya memberikan bantuan oksigen tetapi sejam kemudian
keadaan semakin kritikal dan akhirnya disahkan meninggal dunia,"
katanya.
Sementara itu, Khairul Nizam berkata dia akan berbincang dengan anggota
keluarganya sama ada ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap
klinik swasta yang telah menyebabkan kematian anaknya. Isterinya Nur Shazira Mohd Salleh, 23, berkata sebelum Muhammad
Nasrullah meninggal dunia, dia berasa tidak sedap hati ditambah pula
melihat berat badan anaknya turun mendadak daripada 9.6 kilogram kepada
6. 3 kilogram dalam tempoh 10 hari.
"Tiga hari kebelakangan ini hati saya tidak sedap kerana saya lihat
perubahan dia semakin letih dan tidak mahu minum susu seperti sebelum
ini. Tapi dia tidak menangis kesakitan dan hanya merenung wajah saya. "Saya tidak dapat bersama dengan dia sepanjang dia berada di dalam ICU. Saya hanya dapat memegang semasa menyusukan dia dan kali terakhir saya
melihat dia pada pukul 1 pagi sebelum dia meninggal dunia 25 minit
kemudian," katanya.
Jenazah Muhammad Nasrullah dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Permatang Buluh di sini pada pukul 9 pagi Isnin. Pada 16 Feb lalu, badan bayi itu didapati mula melecur dan bertukar
menjadi kehitaman selepas beberapa hari menggunakan ubat makan dan sapu
yang diberi sebuah klinik swasta ketika mendapatkan rawatan
akibat ruam sebelum dibawa ke HSB untuk rawatan lanjut. mstar
-- Lima Mati Overdose Dadah Methamphetamine Di Konsert Festival Muzik Bukit Jalil (Gambar)
-- Pernikahan Aidil Zafuan Dan Zarema Zainal Di Klang (Gambar)
-- Rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Di Laman Seri Disiasat Polis (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!