Alhamdulillah ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik
dan mendoakan mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan
solat hajat diteruskan untuk kebebesan mereka.. Tapi pada masa yang sama
ramai juga yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka
ini.
Maka hari ni Insyallah aku nak cerita pengalaman aku sebagai antara insan yang rapat dan amat baik dengan mereka.. Bagi memberi gambaran sebenar siapakah mereka ini yang dituduh suka mendera anak.. Kepada mereka yang menfitnah pasangan baik dan prihatin ini.. Aku mohon berhentilah daripada berbuat dosa sedemikian.. Dan pada mereka yang terus memberi kata hina dan tomahan tanpa usul periksa apatah lagi tidak pernah berjumpa atau mengenali mereka.. boleh berhenti dari membuat perkara tersebut.. Dan sila berhenti dari share perkara fitnah di Facebook dan Twitter..
Aku mengenali mereka buat pertama kali di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun 2005.. Ketika itu aku menuntut di University Islam Darul Uloom Zakariya.. Encik Azizul atau dengan panggilan Uncle Azizul.. Seorang yang amat mesra dengan kami ( pelajar Malaysia ).. Kerana keprihatinan beliau dan isteri Auntie Shal selalu bertanya khabar dan memberi pertolongan kepada pelajar.. Membuatkan semua pelajar mengenali dan menghormati beliau.. Mahu pun pelajar dari Indonesia, Brunei, Singapore, Kemboja, Vietnam dan juga Thailand..
Uncle Azizul dan Auntie Shal tidak pernah lupa dan segan silu
menjemput kami pelajar Malaysia untuk hadir kerumah beliau di Sandton
City, Johannesburg.. Bagi memeriahkan suasana jika ada majlis makan2 dan
BBQ sesama rakyat Malaysia.. Malah dalam majlis keagamaan seperti
tahlil, doa selamat, awal muharram, dan sebagainya beliau bersama isteri
tidak pernah lupa untuk menjemput kami hadir bagi mengimamkan solat,
azan, memberi tazkirah ringkas dan sebagainya..
Bersama warga Malaysia yang lain di Afrika Selatan pada ketika
itu Duta Malaysia Dato’ Yahya (2004), Tim. Duta Tuan Ilham
Ilyas, Kakitangan Wisma Putra Abg Rohaizat, Auntie Maznah, Kak Shima
(2008), Uncle Kamaruddin (2004), Uncle Wan Aizan, Abang Isharudin
(2008), Pengarah JPM Dato’ Rani (Dec 2006), Abang Tasya JPM (2004) dan
Abang Azrul JPM (Oct 2008)..Kakitangan MinDef DA Kolenel Dato’ Ibrahim
(2005), Sarjen Nazri (2004) dan Sarjen Yusoff (2008), TC Matrade Encik
Mansor (2005), ATC Abang Norman (2007), Malaysia Airlines South Africa
Manager Encik Yusno dan Encik Zulkarnain, Kakitangan Tourism Malaysia
Abg Eddy Mazlan, Encik Rahman (2004) dan Encik Syahreem Tan (2007),
Termasuklah ahli perniagaan Malaysia di Afrika Selatan Encik Wan Batu,
Encik Wan Zul , Mejar (B) Amin dan bersama keluarga masing2..
Kesemua mereka ini mengenali rapat dan mengakui sifat baik ibu bapa
yang ditunjukan uncle azizul dan auntie shal.. Tiada seorang pun dari
mereka ini bersetuju dengan tuduhan pihak sweden.. Malahan Auntie Shal
adalah seorang guru yang telah mengajar lebih 10 tahun di Sekolah Seri
Putri.. Dikenali ramai pelajar dengan panggilan Ms Shal.. Kebaikan,
keikhlasan dan keprihatinan Auntie Shal terhadap pelajar diakui oleh
bekas2 pelajar Sekolah Seri Putri..
Sebagai pelajar paling rapat dengan family Uncle Azizul ketika di
afrika selatan.. Aku selalu dipanggil oleh Uncle Azizul untuk hadir ke
rumah beliau untuk mengajar Aisyah, Ammar, Adam dan Arif mengaji dan
solat.. Dan pizza buatan aku amatlah disukai mereka berempat yang riang
ini.. Sehingga ketika mengunjungi mereka di Sweden pada tahun 2011..
First thing yang Aisyah dan Ammar minta ialah ” abang afif buatlah
pizza.. kitorang nak makan pizza..”
Kadang2 hampir setiap weekend aku datang ke rumah mereka semasa di
Afrika Selatan.. Alhamdulillah selama 5 tahun tak pernah aku lihat
kanak2 ini dipukul seperti yang dituduh mahupun kesan pukulan apatah
lagi deraan.. Sebagai seorang guru auntie shal sendiri tahu bagaimana
mendidik anak2 beliau.. Dan aku pernah menjadi wakil keluarga untuk
Aisyah, Ammar dan Adam di sekolah.. Alhamdulillah tak pernah dengar
cikgu mengadu ternampak kesan deraan atau pukulan pada mereka..
Pada tahun 2011 sekali lagi aku berpeluang untuk menyambut ramadhan
dan syawal bersama mereka sekeluarga di Stockholm, Sweden.. Selama
lebih sebulan aku tinggal bersama mereka.. tiada banyak perubahan pada
mereka sekeluarga.. Semua seperti biasa kecuali melihat aisyah, ammar,
adam yang makin membesar.. dan arif sudah memulakan sesi
persekolahan..Alhamdulillah dengan cara didikan dari ibu bapa yang baik
dan tanpa paksaan Ammar yang baru berumur 11 tahun mampu berpuasa di
bulan Ramadhan yang pada ketika itu musim panas – siang selama 18 jam di
Sweden.. Dan aku menjadi saksi melihat keupayaan ammar dengan secara
rela walau beberapa kali auntie shal memberi nasihat supaya berbuka jika
tidak dapat menahan puasa..
Solat adalah perkara utama yang diberi tumpuan oleh uncle azizul
dan auntie shal.. Alhamdulillah selama sebulan ramadhan di Sweden..
Keluarga ini tidak pernah meninggalkan solat subuh, magrib, isya’ dan
terawih secara berjemaah.. Kemeriahan ramadhan bertambah lagi apabila
seorang pelajar super senior auntie shal iaitu Kak Melati yang baru
habis Master di Denmark datang menziarah untuk seminggu lebih..Dan
antara pelajar auntie shal yang lain iaitu Ilham Ainaa dan Nabila yang
aku kenali.. yang sedang menyambung pelajaran di United Kingdom juga
mengakui kebaikan dan keprihatinan “Ms Shal” semasa di Sekolah Seri
Putri..
Aku bukan membuat cerita untuk menutup apa yang telah dituduh pada
awalnya.. tapi semua terjadi adalah salah faham guru kelas Adam yang
memikirkan bahawa ibu bapa mereka memukul dan mendera dengan teruk jika
anak2 mereka tidak solat apabila adam dengan tidak sengaja dan tanpa
niat memberitahu kepadanya..
Mengharapkan doa dari semua warga Malaysia.. Semoga Encik Azizul
Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal dibebaskan secepat mungkin..
Syukur alhamdulillah anak2 mereka sudah dibawa pulang.. Solat hajat
untuk kebebsan mereka masih diteruskan oleh pelajar agama yang mengenali
mereka di Afrika Selatan, Zambia, Mesir, Yemen, Jordan, Saudi mahupun
di Malaysia.. Moga hari ni kita doakan mereka yang susah dan insyallah
bila kita susah Allah membuka hati orang lain untuk mendoakan kita..
Sekian terima kasih..Update 14 Febuari 2014 – Di sebabkan ada juga yang
tidak berpuas hati.. dan ada juga yang hentam saya kiri kanan atas
bawah.. Maka insyallah akan buat Part 2 – Uncle Azizul dan Auntie Shal
Yang Ku Kenali.. Saya memerlukan sekurang-kurangnya 10 testimony ringkas
dari mereka yang kenal rapat dengan Uncle Azizul dan Auntie Shal ini..
Alhamdulillah ramai telah memberi sokongan dan mendoakan kepada keluarga
ini saya ucapkan terima kasih..
Terutama kepada bekas pelajar dan guru Sekolah Seri Puteri, rakan
sekerja uncle azizul dan rakan2 semasa mereka berkhidmat di
Johannesburg, South Africa dan Stockholm, Sweden.. Dan bekas pelajar
Malaysia di Afrika Selatan.. saya harap dapat memberikan testimoni..
Saya hanya perlukan nama, siapakah anda bagi mereka rakan sekerja atau
bekas anak murid etc dan insyallah saya akan cuba jawap beberapa
persoalan mengenai mereka.. Sila email di afif_4ht@hotmail.com. http://timetravelafif.blogspot.com
sumber nurizspace.com
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!