Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada Jumaat menegaskan
bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim
Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'Harus'. Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim
pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri
Dr Abd Shukor Husin dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat
pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat
daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menyatakan skim
tersebut sebagai tidak patuh Syariah. Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu tuntutan Gabungan Badan
Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) mengenai hukum melabur dalam
ASB dan AS Nyang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat
sejak kebelakangan ini.
Tahun lepas, Comango menghantar laporan mengenai pelbagai isu hak
asasi manusia di Malaysia untuk diteliti dalam Proses Semakan Berkala
Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland. Antara tuntutan lain ialah menuntut hak kebebasan beragama,
pengiktirafan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender. Status melabur dalam ASN dan ASB yang juga dibangkitkan oleh beberapa
penceramah di laman-laman sosial, turut menimbulkan keresahan kepada
masyarakat awam.
"Isu pelaburan ini merupakan perkara ijtihad, yang sememangnya akan
mengundang polemik dan perdebatan jika semua pihak yang mendakwa sebagai
pakar mahu menegakkan pandangan masing-masing tanpa menghiraukan
peranan pihak yang diberi autoriti dalam menentukan hukum. "Sewajarnya mereka yang melabelkan diri sebagai intelektual Islam ini
memahami isu ini secara menyeluruh dan hak-hak Ulil Amri kerana akibat
daripada sikap mereka yang gemar dan sengaja mempertikaikan hukum yang
telah dibuat, telah menimbulkan keresahan yang meruncing dalam kalangan
umat Islam," katanya.
Abd Shukor menyifatkan tindakan itu hanya akan merugikan umat Islam sendiri. Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan supaya provokasi
yang melibatkan hukum hakam dihentikan supaya tidak mengundang
kekeliruan. mstar
-- Spotcheck Dapur KFC Jom Terjah
-- BR1M 3.0 Dikredit Dalam Akaun 22 Februari
-- Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
-- Cinta Jangan Pergi Episod Akhir Sinopsis
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!