Penduduk di sekitar Pasir Mas kini merasai pengalaman baru iaitu berada dalam cuaca sejuk. Tinjauan The Star di daerah itu pada pagi Khamis mendapati rata-rata pelajar sekolah memakai jaket sehingga ke dalam kelas.
"Sekarang cuaca sejuk pada setiap pagi dan ia akan berterusan selama
beberapa jam, sebab itu saya memakai jaket ke sekolah. Sebelum ini saya
hanya berasa sejuk pada musim tengkujuh," kata Nurul Masturina Husna
Mohamad pelajar tahun enam. Seorang penduduk, Razali Che Kob, 38, berkata, suhu di kawasan itu kini turun kepada 17°C pada pagi Rabu.
"Saya berasa sejuk pagi semalam dan ingat telah selsema, tetapi
apabila jiran juga berkata perkara sama barulah saya sedar bahawa suhu
telah turun. "Pelajar yang keluar ke sekolah pada pagi hari juga menyatakan perkara sama," ujarnya.
Sesetengah penduduk di daerah ini dilihat memakai jaket sehingga pukul 9.30 pagi kerana kesejukan. Sementara itu, Jabatan Meteorologi melaporkan suhu yang dicatatkan di
Kuala Krai pada bulan lalu adalah 17.2°C dan mejadikannya di kedudukan
kedua selepas Cameron Highland di Pahang iaitu 12°C. Catatan suhu di Kuala Krai pada Rabu pula serendah 19.1°C sebelum
meningkat sehingga 29.2°C. Di Kota Bharu suhu dicatatkan adalah serendah
21°C dan naik sehingga 27.9°C. mstar
-- Wan Sakinah Dan Baby Bump Bersama Ashraf Muslim (Gambar)
-- Leuniey Natasha Bersalin Anak Perempuan 2.75Kg (Gambar)
-- (Gambar) Air Mata Pokok Petai / Pokok Petai Menangis Di Kg Lembah Raja Pinang Tunggal P Pinang
-- Muzium Lilin I-City Terbakar Polis Sahkan Perbuatan Khianat (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!