Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan
semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja,
harga subsidi bagi bahan api RON 95 dijangka hanya disediakan untuk
golongan miskin. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
membuat pendedahan ini pada Khamis sambil menambah dasar harga baru akan
berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.
"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu.
Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz)
tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95." Beliau berkata mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli minyak
RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.
Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80. Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.
"Malah negara-negara jiran dari Singapura dan Thailand dan juga warga
asing yang tinggal dan bekerja di negara ini juga sedang menikmati
kadar bahan api dengan harga subsidi," katanya. Beliau berkata pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.
"Walaupun perkara ini telah dicadangkan beberapa kali pada masa lalu
tetapi kita akan melaksanakannya sekarang selepas kami mencari kaedah
betul untuk menggunakannya," katanya selepas majlis penyerahan 100 surat
tawaran kepada penduduk yang layak untuk menyewa di projek perumahan
kos rendah.
"Kami sedang melakukan ini untuk masa depan negara. Kita boleh
menerima pakai pendekatan populis dan menyelesaikan masalah-masalah hari
ini tetapi ia mungkin berakhir dengan membunuh masa depan kita sebagai
sebuah negara," katanya. mstar
-- Nurul Izzah Anwar Fail Cerai Terhadap Suaminya Raja Ahmad Shahrir
-- Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
-- Isteri Ustaz Don Bersalin Anak Lelaki 3.5kg Bernama Don Mustofa Di Mesir (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!