ad ld

Monday, December 23, 2013

Letupan Bom Di Danok Thailand Lebih 20 Cedera (Gambar)

Dalam satu siri serangan bom terancang di kawasan berhampiran sempadan Thailand dan Malaysia hari ini, empat bom telah diletupkan dan dua darinya mencederakan 24 hingga 26 orang. Mengulas kejadian itu, Gabenor Wilayah Songkhla Krisada Boorat berkata ia dilakukan pihak yamg ingin mencetuskan huru hara pada hujung tahun.


Beliau berkata pihak keselamatan akan melakukan rondaan dan pemeriksaan di setiap pintu masuk ke daerah Hatyai untuk menyekat kereta suspek selepas mendapat maklumat risikan yang puak pemisah akan mengebom tempat pelancongan di Hatyai.

Dalam kejadian pertama antara 10.30-10.40 pagi, sebutir bom yang diletakkan di sebuah motosikal telah diletupkan di hadapan Balai Polis Padang Besar yang berada berdekatan sempadan dengan Malaysia. Ia merosakkan lima motosikal tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Bom kedua pula diletupkan dalam tempoh yang hampir sama juga diletakkan pada sebuah motosikal yang diletupkan di hadapan Balai Polis Daerah Sadao dan juga tiada kecederaan dilaporkan. Sementara itu, antara 24 hingga 26 orang cedera dalam letupan bom ketiga dan keempat pada kira-kira 12.30 tengah hari.

Letupan ketiga di Hotel Oliver dengan bom dipasang pada sebuah kereta dan diaktifkan dengan jam digital dan bom keempat diletupkan di hadapan sebuah kedai di Bukit Kayu Hitam. Letupan itu juga telah menyebabkan kebakaran, memusnahkan premis perniagaan dan sebahagian dari hotel itu serta kenderaan.

Sementara itu percubaan melakukan keganasan dengan bom juga berlaku di Phuket. Menurut polis, mereka menemui sebuah kereta yang telah dicuri di Pattani di hadapan sebuah balai polis di Phuket dan di dalamnya ada dua tong gas memasak dengan bahan letupan tetapi bom sempat. sinarharian

--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
--  Nurul AF2 Menang Saman Fitnah Melodi TV3 RM250 Ribu Isu Nikah Di Siam (Gambar)
--  Pernikahan Aril AF Dan Puteri Erma Adlinda Di Kota Bharu Kelantan (Gambar)
--  Che Ta Dan Zain Bulan Madu Di Rome Itali (Gambar)

No comments: