Pemimpin kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saad telah
ditangkap bersama-sama dengan dua suspek selepas serbuan di dua lokasi
berasingan di Tangkak, Johor. Suspek, termasuk isteri Harun ditahan kira-kira pukul 3.30 petang
selepas sebuah pasukan petugas yang terdiri daripada polis Johor dan
Pahang menyerbu lokasi berkenaan.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan tangkapan. "Suspek telah diserahkan kepada polis Pahang untuk siasatan lanjut. "Mereka dikehendaki berkaitan pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan
Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Rafli Abdul Malek," katanya ketika
dihubungi, Rabu.
Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata
Harun dan pengikut-pengikutnya akan ditahan reman pada Khamis untuk
siasatan polis. "Satu sidang akhbar akan diadakan pada hari Khamis," katanya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini menggesa 31
pengikut Tuhan Harun untuk menyerah diri secepat mungkin berikutan
pembunuhan Ahmad Rafli. Harun yang menggelarkan dirinya "Tuhan 2013" dan membawa mazhab yang
dipanggil Tuhan Harun sebelum ini telah ditangkap oleh Jabatan Agama
Islam Pahang (JAIP) untuk aktiviti ajaran sesat dan tuduhan menipu. mstar
-- Pelajar Cemerlang Buat Seks Dua Kali Di Rumah Nenek
-- Lisa Surihani Dan Yusry Bercuti Di Sabah (Gambar)
-- Ibu Mengandung Mengidam Durian Belanda
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!