Polis berjaya menahan suspek yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan Ops
Cantas Bukit Aman berjaya menahan lelaki berkenaan di Johor Baru awal
pagi Ahad.
"Syabas, pasukan Ops Cantas Bukit Aman telah berjaya tangkap
pembunuh/perompak kejam AmBank di Johor pagi ini. Terima kasih rakyat
Malaysia yang membantu PDRM," katanya dalam laman Twitter rasminya pada
Ahad.
Sementara itu, suami mangsa Irwan Kamaruddin berpuas hati dengan kejayaan polis memberkas suspek.
Irwan, 37, ketika dihubungi Bernama berharap suspek dikenakan hukuman setimpal. "Saya mengucapkan terima kasih kepada polis kerana menangani kes itu sehingga selesai," katanya. Ditanya mengenai kehidupan keluarga serta anak-anaknya, beliau berkata kehidupannya seperti biasa namun sunyi tanpa isterinya.
Dalam kejadian 23 Okotober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita
Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika membuka peti besi di
dalam bilik kebal bank berkenaan. Mangsa telah bekerja selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia
di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak
dengan 'pump gun' oleh suspek. Suspek melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000. Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.
-- Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda (Gambar)
-- Cheryl Samad Bersalin Anak Perempuan (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!