Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Rabu dengan majoriti 2,592 undi. BN memperoleh 8,288 undi manakala PAS 5,969 undi. Ini melayakkan calon BN Tg Zaihan bergelar ADUN Kuala Besut.
Sehingga pukul 9.30 malam, Barisan Nasional (BN) mendahuli keputusan
Pilihan Raya Kecil Kuala Besut dengan menang di 18 saluran dan undi pos. BN menang bagi semua sembilan undi pos yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Barisan menang di saluran satu, pusat mengundi Seberang Barat dengan 316 undi. Di saluran dua pusat mengundi Gong Kedak, BN menang dengan 266 undi
manakala di pusat mengundi Sekolah kebangsaan Pulau Perhentian, BN
menang di kedua-dua saluran dengan 222 dan 232 undi.
Sementara itu di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, sehingga kini BN menang di empat saluran. Manakala di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Nail, BN juga menang di empat saluran. Bagi pusat mengundi Sekolah menengah Kuala Besut, BN mencatat kemenangan di enam saluran yang diumumkan.
-- Mayat Diikat Tangan Dan Kaki Pada Tangga Di Padang Sidin Perlis (Gambar)
-- Kate Middleton Bersalin Anak Lelaki 3.8kg Lepas 10jam (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!