Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan Bayaran Bantuan Khas
Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi
Gred 1 hingga Gred 54. Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250
kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Katanya, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara
kerajaan itumasing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan
RM165 juta, katanyadalam kenyataan di sini, Rabu. Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.
"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian
faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT
mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok (Khamis),
sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan
Awam (MAPPA) ke-13," katanya. Najib berkata, langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim
perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada
Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.
Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3
bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9
bilion untuk setahun. "Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga
akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua
KGT pada tahun ini," katanya. Najib berkata, kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran
KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi
membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya.
-- Keputusan PRK Kuala Besut Tg Zaihan Menang Majoriti 2592 Undi (Gambar)
-- Bayi 6 Bulan Mati Tersedak Susu Di Pusat Asuhan Taman Impian Murni Alma
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)
Alhamdulillah
ReplyDeletetahniah la pada semua penjawat2 awam ni.. :)
ReplyDeletetahniah la pada semua penjawat2 awam ni.. :)
ReplyDeletealhamdulillah walaupun bukan spt diharapkan sekurangnya ada drp xde..ttap syukur :)
ReplyDelete