Seorang pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka Kota Bharu Kelantan meninggal dunia pada Selasa akibat terkena jangkitan virus kencing tikus
(Leptospirosis) selepas mengikuti perkhemahan pada bulan lepas di Bukit
Bakar, Machang. Sheikh Mohd Alif Sheikh Mohd Fauzi, 17, dimasukkan ke Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, pada 30 Mei
lalu berikutan demam yang dihidapinya selepas perkhemahan tersebut.
Ibu saudara mangsa, Nur Ilyana Che Mat, 33, berkata, Sheikh Mohd Alif
mengikuti perkhemahan yang dianjurkan sekolahnya sebagai persediaan
menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Anak saudara pergi ikut perkhemahan tersebut beberapa hari sebelum
cuti pertengahan tahun baru-baru ini dan kemudiannya pulang ke rumahnya
di Paka,Terengganu. "Mohd Alif kemudiannya kembali ke sekolah selepas tamat cuti sekolah
tersebut, namun tidak mengikuti sesi riadah dan ulangkaji sehinggalah
seorang guru yang membuat pemeriksaan di asrama menemui beliau berada
dalam keadaan lemah," katanya.
Nur Ilyana berkata, guru tersebut kemudiannya membawa Mohd Alif ke
HUSM Kubang Kerian untuk menerima rawatan dan pihak hospital mengesyaki
beliau terkena demam denggi, namun pemeriksaan susulan mendapati terkena
jangkitan virus kencing tikus. "Mohd Alif meninggal dunia kira-kira pukul 9 pagi semalam dan
dikebumikan di kampung ibunya di Kampung Gong Pasir, Dungun, Terengganu
pada hari sama," katanya.
Sementara itu, Pengarah HUSM Kubang Kerian, Datuk Dr Zaidon Kamari
dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama pada Rabu
mengesahkan mengenai kematian pelajar tersebut akibat virus jangkitan
kencing tikus. Beliau juga mengesahkan bahawa pesakit itu, sebelum ini, dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian. bernama
-- Izwan Pilus Meninggal Dunia
-- (Gambar) Pelatih Polis Mati Dijangkiti Virus Kencing Tikus Dan Adeno
-- Wabak Kencing Tikus: 3 Kawasan Perkelahan Di Kedah Ditutup
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!